Home » , , , » TIPS MENGUKUR SAIZ BRA YANG TEPAT

TIPS MENGUKUR SAIZ BRA YANG TEPAT

Written By Unknown on Tuesday 15 April 2014 | 20:09

Assalamualaikum semua...

Hari nie, ummi nk kongsi tips untuk membentuk dan mengekalkan "ASET" yang paling berharga kepada seorg wanita.. hehehehehe... terbaca kat newspaper tadi..

Sekarang semua nk kena jimat kan? Jadi kita x yah nk g salon @ klinik kecantikkan tuk dapatkan "aset" yg cantik & sihat.. Jom kita amalkan tips ini jer.. InshaAllah, dpt bantu membentuk semula & kekalkan mcm remaja dlu2..(mcm dh tua jer bunyi nya kan/ hahaha)

Ummi ade terbaca sebelum nie, dalam peringkat usia 30an terutama bermula 35 tahun dan ke atas, bentuk payudara akan mulai berubah menjadi kendur & tidak anjal seperti muda 20an dulu..Jadi start today..jom praktikkan yea.. permulaan nie.. ummi kongsi 1 tips yg paling penting dlu..

PEMILIHAN SAIZ BRA YANG BETUL

Tips ukuran saiz bra yang betul :

SUMBER : GOOGLE



#1 Ukur lingkaran badan 
Dengan menggunakan pita pengukur, lilitkan ke badan seperti gambarajah 1. Ukuran dikira dalam inci. Jika ukuran adalah genap, tambah 4 inci, klau ukuran yang diperolehi ganjil, kena tambah 5 inci.

Contoh : Ukur lilit yg diperolehi adalah 30 inci, jadi saiz bra korang adalah 34 (30 inci + 4 inci tambahan). Sekiranya ukuran 31 inci, jadi saiz bra yang sesuai adalah 36 (31 + 5).

#2 Ukuran cawan (cup)
Ini perkara paling penting sekali sebab cup yang betul akan bantu payudara kita bernafas.. bernafas? confius la tue...bernafas kat cini macam nk hidup la.. klau x bernafas, lame2 aset kita nie leh kendur..kecik sebelah...pasal ini..ummi smbg next entry tau..

Berbalik untuk ukur lilit cup pulak.. rujuk gambarajah ke 2.. ambik pita pengukur, lilit pada bahagian plg menonjol (tepat pada puting dada). Bundarkan ukuran kepada nombor bulat yang paling hampir.. contohnya 31.75 inci..kita kira 32 inci la yea.. dh dapat yea..

Okies ..

Ukur lilitan badan = 30 inci.. ukur lilitan payudara = 32 inci.. beza antara lilitan adalah 2 inci. jadi saiz bra korang yang sebenar adalah 34B. Macam mane?

Ukur lilitan badan = 30 + 4 = 34 inci...beza lilitan 2 inci

Pemilihan cup
1. Perbezaan 1 inci = Cup A
2, Perbezaan 2 inci = Cup B
3. Perbezaan 3 inci = Cup C
4. Perbezaan 4 inci = Cup D

Amaran keras!!
Jangan memakai bra melebihi 8 jam sehari & jangan amalkan pada waktu tidur malam. Ini boleh menggangu aliran darah sekitar payudara kita dan kemungkinan risiko mendapat kanser adalah tinggi...huhuhuhu...takut beb!!


0 comments:

Post a Comment

MACAM MANA ORDER?

Pemilik : Zainab Abdul Ghani (ZAI)

Shaklee ID : 928639

HP : 012-5844854 (sms/watsapp/wechat)

COD : area Kajang, Bangi, Semenyih & Putrajaya

Pos Laju : Seluruh Malaysia

Powered by Blogger.